Wednesday, October 27, 2004


Contoh kek yang telah dihias Posted by Hello

Sekitar Pertandingan Cake Deco..


Banner Women Week Posted by Hello


Sejuk nya mata memandang...

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar iman sahabat semua.?? buat diri saya jugak, semoga mendapat tarbiyyah jiwa masing-masing untuk menjadi insan kamil bermula dari Ramadhan ini... :) kali ini saya nak berkongsi nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya:

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Marilah kita sama-sama mengambil pedoman, berhati-hati setiap patah kata kerana di kiri-kanan kita terdapat malaikat mencatit setiap amalan kita..marilah kita bermanis muka bukan sahaja bertemu dengan sahabat yang dikenali sahaja, kerana umat Islam yang lain jugak adalah saudara Seislam kita.. Oleh itu moga-moga apabila kita bermanis muka di harap bertambah kenalan kita, sentiasa dimurahkan rezeki dan setiap urusan kita dengan orang lain juga akan disenangi...buang yang keroh, ambil yang jernih... :)

Tuesday, October 26, 2004

Gembira kah anda setiap hari?

Assalamualaikum wbt....
Setiap hari menempuh warna-warna kehidupan... Moga sahabat sekalian tabah menempuh segala cabaran.. Jagalah solat anda.. mohon pada Allah semoga setiap urusan berjalan dengan lancar.. setaip dtik kita diatur oleh Yang Maha Esa..

**Malamni hadiahkan jus epal kat adik junior.. nampak ceria sikit adik sorang ni dapat jus perisa epal + allo vera.. :)



Sunday, October 24, 2004

Nikmat Ramadhan...

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah hari ni dpt merasa sedikit nikmat ramadhan.. pengalaman manis dgn adik saya berbuka dengan nasi dan sardin aje tadi... terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman susah payah dgn akak... waktu begini baru terasa macamana org miskin yg berlapar dan dahaga walau pun dah berbuka.. tapi kita sekarang ni lain pulak, juadah penuh atas meja, siap makan utk sahur, ada gak yg terbuang sebab dah banyak sangat makanan... ramai orang Malaysia mati pun sebab banyak sangat makan...Apa-apa pun, pastikan apa yang kita makan tu makanan yang benar-benar halal...sebab makanan tu lah yang akan menjadi darah daging kita.... Lepas balik tarawikh tadi, kawan dari Melaka call, dengar suara macam sihat wal afiat aje... mudah2an sentiasa tenang beribadah dalam Ramadhan yang mulia ni.. Lebih kurang 3 minggu lagi MMU akan cuti raya.. harap kawan2 hati-hati balik ke kampung... jaga barang2 semua jgn ada yang tercicir.. bahaya ada di mana-mana... jaga diri.. hiasi peribadi... ;) Abah , Mama dan adik kat perlis, selamat berpuasa..... :D

Friday, October 22, 2004

Salam Ceria Pagi Jumaat...:)

Assalamualaikum wbt.. salam Ramadhan.. penuh keceriaan..
Alhamdulillah dah seminggu berpuasa...Moga ramadhan kali ini meninggalkan seribu kemanisan dan meningkat ketakwaan kepada Allah SWT. Awal pagi yang ceria moga membawa erti yang amat bermakna dalam menempuh liku-liku khidupan hari ni dan akan datang... Sedikit ingatan buat diri-sendiri dan sahabat yang dikasihi sekalian.... ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak langkah kita.. Malaikat sentiasa taat pada tugas mecatit setiap gerak dan setiap detik anak adam.. Musuh kita sedang dibelenggu... maka rebutlah peluang ini.. jangan biarkan masa berlalu tanpa berasa bersalah...Moga setiap kurniaan yang Allah berikan, diterima dengan rasa penuh kesyukuran... Ya Allah kurniakan lah kami ketenangan jiwa.. istiqamahkan lah kami dalam mengakkan agamaMU Ya Allah... Engkaulah sebaik-baik tempat kami bergantung... kamilah hambaMU yang dhaif....

Adam Pimpinilah Aku (Renungan bersama.....)

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Wahai Adam
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai AdamBukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi...

Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......

tulisan di atas di'copy&paste' dr
http://www.ukhwah.com/

Saturday, October 02, 2004

Rindu keluarga..

Assalamualaikum warahmatullah...
Hari yang indah dan damai... Alhamdulillah.. apa khabar sahabat-sahabat sekalian.. bagaimana perkhabaran keluarga kalian di kampung?Dah telefon family?Sudah lama tak pulang ke kampung.Bagaimana hati emak kalau sekiranya, kepulanganku kali ini adalah yang terakhir dan akan pulang buat selamanya?mak, jangan menangis... setitis tangisanmu meragut jiwaku.. YA ALLAH kuatkanlah hati emak...aku redha pada semuanya.. aku sayang emak, sayang bapak, sayang adik2.... Ya Allah kurniakanlah kebaikan dalam setiap pekerjaan kami... amin..